FRIENDSHIP ♡

you know what, sometimes friendship can be so hard, funky, happy and full of dramas. in my oppinion, this is all rythm in friendship. so we must follow the flow. selama mana pun kita bergaduh dengan kawan kita, but at last its all gonna be alright and happy again.


i have a story and it my experienced having a bestfriend. but now i don't have one.  its the best moment ever in my life.
i know her when i was in form 1 2010. we're from different school, didn't know each other. but our character is just the same. it is TALKATIVE.  hahaha.
im not a social people. kalau ada kawan baru or what, she or he's the one who talk to me. not me. i jst cant idk why. but with her,  i learn something. i learn how to be social,  how to talk properly and the most important.. she teach me the "appreciation" meaning. now i know.
before i know her, i can't get along with people. aku susah nak faham perasaan orang. tak fikir pun perasaan mereka. aku sayang bukan tak sayang tapi cara aku lain. dia yang tak faham. tak semestinya kalau kita sayang orang tu, kita kena show off dekat dia. tak kan? so do i.
i didn't know she's sensitive and she'll take it serious. but not all is my fault. but i still admit its all my fault. she teach me a lot. and i really appreciate it. if i can thanked her, i will do it. i will thanked her. i know i can't get a bestfriend like her anymore.  i know that. she is the one who can understand me, motivate me, be my sister, and be my bestfriend of course. I'll need her for the rest of my life.
but now it just a memory.
i just wanna flashback. tipu lah kalau tak rindu friendship macam tu. but let it be in my memory. bukan let it go tau. hahaha.

THE END. tadaa hihihihi

Kenangan Tetap Berlalu

Assalammualaikum ! 

tak jawab berdosa tahu. hahaha gurau jelah tapi memang betul pun.  so beware. "memberi salam itu sunat, tetapi menjawab salam itu wajib". 

ohh ya tajuk tu. nampak pelik en? nampak macam jiwang je tajuk tu. hahah sebenarnya taklah jiwang pun. cuma mungkin ingin mengimbas kembali sedikit kenangan. 

5 haribulan Jun 2013. tahun dan tarikh tu adalah detik paling hitam dalam hidup aku. aku tak sangka akan kehilangan seorang bapa yang selama ini menjadi tulang belakang keluarga. perginya tidak diduga, hanya hilang dalam sekelip mata. saat itu, dunia aku gelap. takda lagi cahaya yang mampu menerangi duniaku. walaupun ayah tak sesempurna macam ayah orang lain, tapi dia tetap ayah aku. seburuk mana pun dia, sejahat mana pun dia dan segarang mana pun dia.. dia tetap ayah. 
beberapa bulan sebelum ayah pergi menghadap ilahi, dia menjauhkan diri dari aku dan mak. tidak banyak bicara seperti selalu dan sering bersendirian. seolah-olah ingin menyuruh aku dan mak belajar hidup tanpanya. sayangnya, aku tak pernah mengerti maksud ayah. seandainya aku tahu, aku akan bersama ayah tak kira apa dan mengembirakan ayah sebelum ayah pergi. 
5 petang, beberapa jam/minit sebelum ayah kemalangan, ayah duduk di kerusi dan memandang sekeliling rumah. kata mak, ayah memandang aku. disebalik pandangannya, terdapat sebuah pandangan yg sayup di bawah redup matanya dan pada masa itu, aku tidak mengerti apa-apa tentang tanda yg telah ditunjukkan oleh ayah.
pada pukul 12 tengah malam, mak mendapat panggilan telefon oleh sepupuku memberitahu bahawa ayah ditimpa kemalangan. aku tidak berfikir apa-apa yg serius kerana ayah sudah beberapa kali ditimpa kemalangan kecil. oleh kerana ayah rabun malam, jadi aku berfikir bahawa ayah hanya luka kecil. malangnya,  tekaan ku meleset apabila aku dibawa ke unit kecemasan ZON MERAH. aku mulai cemas dan risau. beberapa tapak aku melangkah, aku melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil, dilingkari dengan pelbagai wayar dan tiub. diam dan kaku tidak bergerak tanpa sebarang respon yg diberikan apabila aku memanggilnya. sepantas kilat, airmata membasahi pipi dan rasanya ingin aku menjerit di situ dan meraung. tapi aku tetap kuat dan percaya bahawa ayah pasti akan kembali pulih seperti sedia kala. 
7 pagi. ayah menjalani pembedahan membuang datah beku di kepala menebuk skru di kakinya akibat jarinya yg patah. pembedahan mengambil masa 8 jam. aku menunggu dengan harapan ayah akan keluar dari operation theatre dengan semyuman yg lebar. tapi malngnya tidak. 
2 petang. pembedahan berakhir. rambut ayah dicukur. badannya berselirat dengan wayar dan tiub. aku tetap bersabar walaupun apa yg ku harapkan tidak terjadi. saudara mara yg dekat dan jauh mula membanjiri wad ICU, HKL. pada waktu itu doktor beritahu bahawa ayah sudah tiada harapan lagi. hanya keajaiban yg dapat membantu ayah. aku memegang tangan ayah dan cakal "ayah kena bangun, kena lawan semua dan buka mata. kalau ayah pergi maknanya ayah tak sayang akak." ayah seolah-olah mendengar dan memahami apa yg dikatakan oleh aku. airmata ayah menitis.
9.30 malam. tekanan darah ayah semakin menurun, nadinya juga semakin menurun. akhirnya ayah pergi menghadap ilahi.  dunia ku gelap. hilang punca. hilanglah salah satu tonggak kehidupanku.

5 haribulan Jun 2014. 

GENAP 1 TAHUN ayah pergi meninggalkan aku dan mak. Al Fatihah..